Tuesday 23 April 2019

Al-Imran Ayat 144

Juz:4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 144:
.
Ringkasan tafsir;

Ayat ini diturunkan pada berlaku perang Uhud yang sedang hebat, Nabi tersunkur jatuh dan patah gigi, kemudian para sahabat bersegera berkumpul mengelilingi Nabi untuk melindunginya dari serangan musuh yang bertubi-tubi yang dihujani dengan panah. Maka tersiarlah berita dari kalangan musuh menyatakan kononnya Nabi telah terbunuh.

Ayat ini menyatakan bahawa seandainya Nabi terbunuh sekali pun maka tidak dapat melemahkan agama yang dibwannya dengan 2 pengertian berikut;

1. Muhammad adalah manusia sepertilah juga dengan kebanyakan nabi sebelum ini, mereka juga mati dibunuh.

2. Rasul ditugaskan untuk menyampaikan pergajaran agama. Kalau telah selesai disampaikan maka terlaksanalah tujuan itu, dan tidaklah sekali-kali agama itu akan rosak  disebabkan atas kematian Rasul.

Sesiapa yang berpaling tadah dari perjuangan menentang musuh, maka sedikit pun tidak akan menyusahkan Allah, bahkan akan menyusahkan diri sendiri kerana akan mendedahkan dirinya dalam seksa yang pedih.

Orang yang berterima kasih itu ialah yang teguh agamanya dan mensyukuri nikmat, Allah akan memberi petunjuk dan hidayah.. Allah berjanji akan menolong orang yang telah menolong Nya  dan mempertinggi agama Nya dan meletak kan kalimah Allah tempat yang paling tinggi dari yang lain dan pasti Allah laksanakan janji Nya.

.
[PREVIOUS] [NEXT] [HOME]


Rujukan sumber,
Juzuk
4, Surah3 
Terjemahan, 131~150,
[GS] https://sites.google.com/site/cyberespionagespy/1/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8      



No comments:

Post a Comment